BAIKPULIH & MENINGKATKAN
- Baikpulih Kuasa Enjin
- Baikpulih Keupayaan Enjin
- Menambah Jarak Perjalanan
- Meningkatkan Kuasa Kuda
- Meningkatkan Kuasa Pusingan Enjin
- Meningkatkan Jangka Hayat Enjin
MENURUN & MENGURANGKAN
- Penjimatan Bahan Api
- Menurunkan Kepulan Asap Ekzos
- Menurunkan Suhu Enjin
- Mengurangkan Gegaran Enjin
- Mengurangkan Kebisingan Enjin
- Mengurangkan Kos Penyelenggaran
SEMULAJADI & SELAMAT
- Tiada Bertoksik dan Selamat
- Tidak Berbahaya
- Terbiodegradasikan
- Tidak Mudah Terbakar
- Tiada Bahan Kimia atau Kandungan Logam
- Tiada Bersifat Menghakis
- Neutral PH 7
- 100% dari sari pati tumbuh-tumbuhan

Apa itu MyGreenOil?
MyGreenOil adalah produk khusus yang menawarkan pemecahan efektif terhadap 4 masalah utama yang berhubungkait dengan penggunaan bahan api iaitu:
1. PENJIMATAN BAHAN API / MINYAK
2. MENINGKATKAN KUASA DAN KEUPAYAAN ENJIN
3. MENGURANGKAN KOS PENYELENGGARAAN
4. MENGURANGKAN KEPULAN ASAP
MyGreenOil adalah reformulator pelbagai fungsi bagi bahan api. Apabila dicampur dengan bahan api, formula tersebut secara cepat mengubah struktur-struktur molekul bahan api sehingga menghasilkan satu pembakaran yang lebih sempurna serta sangat efisien.
MyGreenOil adalah formula berkualiti tinggi dan diperbuat dari bahan-bahan campuran kimia alam semulajadi yang terdiri dari unsur-unsur karbon/zat arang, hydrogen/air dan oksigen. Ia merupakan bahan yang tidak bertoksid dan tidak merbahaya kerana dihasilkan 100% dari sari pati tumbuh-tumbuhan, bukan dari bahan petroleum dan terbiodegradasikan (boleh dihancurkan oleh bakteria atau organisma lain). Jika bahan api dicampurkan dengan sari pati tumbuh-tumbuhan tersebut, maka penggunaan bahan api, kadar kepulan asap bertoksik, dan kos penyelenggaraan secara jelas sekali dilihat penurunannya.
Kajian makmal telah mengesahkan bahawa MyGreenOil adalah bersih dan selamat untuk pembakaran, dapat mengurangkan kepulan asap tanpa wujudnya mendapan karbon pada ekzos dan 99.999% tiada abu pada waktu pembakaran bahan api.
MyGreenOil boleh dicampur dengan berbagai jenis cecair bahan api seperti minyak petrol, diesel, methanol, ethanol, hidrogen atau bio-diesel. Penggunaan formula tersebut dapat menghasilkan penjimatan bahan api apabila digunakan pada kereta, lori, motosikal, bot / kapal, enjin berkuasa diesel, set penjana elektrik, mesin rumput, peralatan pertanian dan industri-industri yang menggunakan bahan api dalam jumlah yang besar.
Penggunaan Produk MyGreenOil
Penggunaannya hanya dengan mencampurkan terlebih dahulu MyGreenOil berdasarkan arahan yang tertera di botol. Kemudian diisikan dengan bahan api untuk merasai penjimatan minyak dan pemanduan yang lancar, berikut adalah contoh aplikasi:
Petrol :
Campurkan 1 ml MyGreenOil pada setiap 1 liter petrol
Contoh: Untuk 50 liter petrol, perlu campurkan 50ml MyGreenOil
Diesel :
Campurkan 1.2 ml MyGreenOil pada setiap 1 liter diesel
Contoh: Untuk 50 liter diesel, perlu campurkan 60ml (50ml x 1.2ml) MyGreenOil
Kebanyakkan pengguna membuat kesilapan dengan mengharapkan berlakunya penjimatan bahan api secara mendadak apabila kali pertama menggunakan MyGreenOil. Meskipun terdapat majoriti pengguna mendapat hasil yang sedemikian, namun ada juga sebahagian pengguna yang belum mendapat hasil seperti yang mereka harapkan.
Adalah diingatkan bahawa apabila enjin kenderaan anda telah mengalami pembakaran yang tidak sempurna dalam waktu yang lama dan apabila mendapan karbon telah terkumpul, maka penggunaan kali pertama MyGreenOil akan terlebih dahulu membersih dan membuang mendapan karbon untuk menyediakan pembakaran yang lebih baik. Penggunaan selanjutnya akan mendapatkan hasil penjimatan penggunaan bahan api yang diinginkan.
Jadi secara kesimpulannya, hasil yang maksima akan didapati setelah 3-5 kali penggunaan MyGreenOil secara terus menerus.
Penjelasan Produk MyGreenOil
PENJIMATAN BAHAN API
Dalam keadaan normal, bahan api tidak akan mengalami pembakaran secara menyeluruh dan ketidaksempurnaan pada waktu pembakaran akan meninggalkan sisa mendapan bahan api yang tidak terbakar lengkap serta menghasilkan kepulan asap yang bertoksid (hidrokarbon). Ini akan mencemarkan alam sekitar dan juga mengakibatkan terbentuknya karbon pada enjin di mana mengurangkan kuasa dan keupayaan enjin.
Penggunaan MyGreenOil akan menyebabkan proses pembakaran bahan api yang sempurna dan efisien di mana tiadanya sisa bahan api yang tertinggal. Ini menjimatkan penggunaan bahan api dan mengembalikan keupayaan enjin. Secara keseluruhan, pengguna melaporkan bahawa terdapat penjimatan bahan api antara 15% - 30% untuk setiap liter bahan api.
MENINGKATKAN KUASA DAN KEUPAYAAN ENJIN
Pembakaran yang efisien bermakna penggunaan bahan api yang efisien dan ini menambah/mengekalkan fungsi keupayaan enjin. Ujian membuktikan penggunaan MyGreenOil akan menambahkan kuasa kuda (horsepower), kekuatan tenaga pusingan enjin (torque) dan kuasa pecutan tanpa memberi kesan sampingan, seperti kenaikan suhu enjin, kebisingan enjin dan kurang ketahanan enjin (wear and tear). Disebaliknya, MyGreenOil memberi perlindungan kepada enjin dalam jangkamasa yang panjang.
MENGURANGKAN KOS PENYELENGGARAAN DAN MELANJUTKAN USIA ENJIN
Penggunaan MyGreenOil terbukti memberi keuntungan jangka panjang dari segi kos penyelenggaraan dan kos pembaikan yang tinggi. Ini disebabkan oleh keunikkan kandungan 100% sari pati tumbuh-tumbuhan yang sentiasa membersih dan melincirkan komponen dalaman enjin. Komponen dalaman yang mendapat manfaat ialah saluran bahan api, alat penuras minyak, karburator, palam pencucuh, injektor dan lain-lain komponen enjin agar lebih tahan lama.
Pembersihan komponen enjin dapat mencegah terkumpulnya karbon dan mampu membuang sisa karbon yang secara langsung mengurangkan kuasa dan keupayaan enjin. Hasilnya, kuasa kuda dan kekuatan tenaga pusingan enjin kembali seperti sediakala.
Setelah penggunaan yang berterusan, kandungan MyGreenOil yang memiliki struktur molekul yang kecil mulai menutupi ketidaksempurnaan permukaan logam pada enjin dan melitupi seluruh komponen-komponen yang bergerak. Hasilnya, enjin mulai bergerak dengan lebih lancar sehingga mengurangkan kehausan dan kepanasan yang berlebihan. Keupayaan enjin dan efisiensi enjin semakin meningkat setelah penggunaan berterusan di mana enjin berfungsi dengan suhu yang lebih rendah dan bergerak lebih lancar tanpa sebarang gegaran.
MENGURANGKAN KEPULAN ASAP YANG MERBAHAYA
MyGreenOil adalah cara mudah dalam mengurangkan pencemaran udara. Kandungan minyak tersebut menyebabkan terjadinya pembakaran yang sempurna dan lebih optimum yang mana mengurangkan kepulan asap toksik yang merbahaya.
MyGreenOil adalah produk yang tidak toksik, tidak berbahaya dan bebas dari carcinogens (segala sesuatu yang menyebabkan kanser). Dibuat dari minyak sari pati tumbuh-tumbuhan, bukan dari bahan petroleum dan terbiodegradasikan (boleh dihancurkan oleh bakteria atau organisma lain). MyGreenOil adalah bersih dan selamat untuk pembakaran, mengurangkan kepulan asap tanpa wujudnya mendapan karbon pada ekzos dan 99.999% tiada abu pada waktu pembakaran bahan api.
Apabila MyGreenOil dicampur dengan bahan api, kepulan asap pada ekzos terbukti berkurangan lebih dari 80%. Lain-lain kandungan gas pada asap yang berkurangan ialah hidrokarbon (HC), Nitrogen Oxides (Nox), Karbon Monoksida (CO), Particulate Matter (PM) dan berbagai jenis gas-gas berbahaya terhasil dari proses pembakaran yang tidak lengkap.
Penggunaan MyGreenOil merupakan cara yang mudah, cepat, selamat dan kos efektif dalam mengurangkan pencemaran udara yang diakibatkan oleh kenderaan dan industri-industri yang menggunakan bahan api yang banyak. Dengan MyGreenOil, tidak perlu peralatan yang mahal, serta pemasangan atau pengubahsuaian yang rumit untuk mengelakkan pencemaran udara.
MyGreenOil telah diuji oleh beberapa organisasi yang diiktiraf:
1. Makmal Kajian Enjin di Universiti Sains Malaysia
2. Jabatan Polis Indonesia
3. SIRIM QAS International
4. SPEEDWORKS Dynamic Test Systems DYNO
5. PUSPAKOM Pusat Menguji Kenderaan Berkomputer
MyGreenOil adalah selamat digunakan dan dilindungi oleh RM1 Million Product Liability Insurance:
Jumlah Liabiliti | : RM1,000,000.00 |
No. Polisi
| : 07LKL001428 |
| Kelas | : L-10-18 |
Tempoh Ganti Rugi | : 01.12.06 - 30-11-2008 |
Produk yang Dilindungi | : MyGreenOil Fuel Reformulator |
Polisi dikeluarkan oleh
| : Allianz General Insurance Malaysia Berhad Level 40, Menara Citibank 50780 Kuala Lumpur www.allianz.com.my |